Kulat besar Afrika ditemui dalam kebun durian - Utusan Malaysia

Kulat besar Afrika ditemui dalam kebun durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang penduduk Kampung Limbat, di sini teruja menyaksikan kulat besar Barkely’s Polypore di pinggir kebun durian bapanya hari ini. 

Kulat yang lazimnya ditemui di negara Afrika dan Amerika Utara itu dikenali dengan nama saintifiknya Bondarzewia tidak pernah ditemui di negeri ini sebelum ini.

Khairudin Mat Lazim, 38, berkata, dia bersama rakannya menemui kulat itu ketika membersih kebun durian seluas lebih 0.46 hektar hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, beberapa orang tua di kampung itu dibawa masuk ke kebunnya namun tiada yang mengenali kulat besar yang terserlah seperti ranggi bunga yang cantik susunannya.

“Ia ditemui dalam rimbunan semak pokok yang dibersihkan di pinggir kebun yang berdekatan dengan paya.

“Saya cuba mencari maklumat dalam carian internet mendapati ianya seperti Barkely’s polypore namun masih sangsi untuk mengesahkan kesahihannya. Gambar dirakam sekadar untuk kenangan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Khairudin berkata, berdasarkan maklumat pembacaannya kulat yang memiliki susunan kepingan keras ini mudah tersebar luas dan tumbuh di pangkal pokok berbatang keras yang juga digolongkan sebagai pokok parasit.

Menurutnya, spesis kulat ini banyak ditemui di Afrika dalam pelbagai serlahan dan saiz yang lebih besar.

“Pada awalnya saya ingatkan ianya adalah spesis Reflesia namun apabila di teliti tektur kuntumannya ia lebih mirip kepada kulat yang bersaiz besar dan tidak pernah ditemui sepanjang hidup saya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini