KUALA LUMPUR 3 Ogos – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memuat naik ciapan dalam akaun Twitter miliknya yang meninggalkan pertanyaan kepada pengikutnya apakah maksud di sebalik status tersebut.
Ciapan itu yang dimuat naik pagi tadi mengundang persoalan sama ada memberi petua kesihatan kepada pengikutnya atau pergolakan yang melanda dalam PKR ketika ini.
“Petua baik dalam hidup: Ada perkara yang nampak tidak menguntungkan kita, kalau mahu dilawan semasa memuncak, boleh menyukarkan keadaan.
“Kadang-kadang lebih baik tunggu hingga ia berlalu. Contoh: ‘Viral Fever’, memang kena tunggu sampai ia habis. Minum air je banyak-banyak,” katanya dalam status tersebut.
Status Rafizi itu menarik perhatian seorang pengikutnya, @OneNineEightSe1 yang membalas status itu dengan memberi kata semangat supaya terus bersabar.
“Sabar la ‘Dato’..Zaman teknologi sekarang ini..yang tidak sahih pun orang nak tular..janji dapat perhatian dan tanda suka,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE











