IPU Kuala Terengganu turun, Indera Mahkota pula tidak sihat - Utusan Malaysia

IPU Kuala Terengganu turun, Indera Mahkota pula tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Selepas merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setinggi 115 semalam, kadar jerebu di Kuala Terengganu mulai turun ke tahap sederhana sejak pukul 9 malam tadi.

Berdasarkan bacaan IPU terkini dalam laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di ibu negeri Terengganu itu telah susut kepada 75 sehingga pukul 11 pagi tadi.

Namun begitu, pencemaran udara akibat jerebu terus menyelubungi pantai timur Semenanjung Malaysia apabila Indera Mahkota, Kuantan pula mencatatkan bacaan IPU pada kategori tidak sihat iaitu pada tahap 103.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jadual IPU setiap jam yang dikeluarkan dalam laman web itu menunjukkan kadar IPU di Indera Mahkota, Kuantan mula mencecah kategori tidak sihat bermula pukul 9 pagi tadi.

Peta taburan IPU memaparkan 66 kawasan lain seluruh negara berada dalam kategori sederhana iaitu bacaan di antara 52 di Sandakan dan 80 di Shah Alam serta Nilai.

Tawau kekal menjadi satu-satunya kawasan yang merekodkan IPU dalam keadaan baik.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini