Tiga pekerja resort ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Tiga pekerja resort ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 3 Ogos – Tiga pekerja resort yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tenggol di Dungun sejak Rabu lalu ditemukan selamat berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand awal pagi ini.

Fauzi Mohamad, 40, Muhammad Firdaus Mohd. Awalluddin, 25, dan Mohamad Hafiz Abd. Rahim, 22, dikatakan dijumpai oleh nelayan Thailand kira-kira pukul 11.30 malam tadi sebelum diselamatkan ke bot mereka.

Difahamkan kesemua mangsa dalam keadaan baik dan kini berada di Platform Bunga Orkid milik Petronas di kedudukan 112 batu nautika untuk menerima rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak media dimaklumkan kira-kira pukul 9 pagi ini Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuantan akan ke lokasi bagi membawa pulang mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini