'Seminggu lagi nak sambut Aidiladha, status banting jadi tanda tanya' - Utusan Malaysia

‘Seminggu lagi nak sambut Aidiladha, status banting jadi tanda tanya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos-Banting ucapan Hari Raya Aidilfitri yang dipasang berhadapan sebuah apartmen mewah terkemuka di Jalan Tun Perak  di sini menimbulkan tanda tanya segelintir warga kota.

Seorang pembaca prihatin yang enggan dikenali mengakui gambar tersebut dirakam ketika dia  melalui kawasan tersebut malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam luahannya kepada Utusan Online, kurang seminggu umat Islam nak sambut Aidiladha kenapa banting seumpamanya masih dipasang.

” Ia seolah-olah menampakkan ketidakpekaan pihak berkaitan,” ujarnya.

Haris Shah, 32, pula ketika berkongsi mengenai perkara itu  membuat andaian mungkin banting ucapan Aidilfitri sebelum ini masih belum diturunkan.

” Mungkin Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) selaku pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan lesen iklan ada jawabannya,” ujarnya.

Turut meluahkan pandangan Zanariah Ahmad, 23, .

” Isu ini nampak biasa, tapi tetap kelihatan janggal. “Sewajarnya pihak berkaitan dan DBKL perlu lebih peka lebih-lebih lagi ia melibatkan perayaan utama di negara kita,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini