Pelajar sertai perkhemahan bersepadu kebangsaan - Utusan Malaysia

Pelajar sertai perkhemahan bersepadu kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERSAMA. Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan 2019 berlangsung dengan jaya selama empat hari di Pusat Kokurikulum Negeri Kedah (Kem Singkir) Jalan Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Seramai 120 pelajar berusia enam tahun menyertai perkhemahan itu yang dianjurkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tuan Syed Jan Al-Jaffri, Sungai Layar dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Negeri Kedah.

Setiausaha perkhemahan itu, Samsida Shahrudin berkata, penganjuran program itu bertujuan menanam sikap menarik pelajar menyertai aktiviti luar dengan pelbagai kegiatan berfaedah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, antara 20 buah sekolah yang menyertai perkhemahan itu termasuk Piraya Nawin Klonghin Wittaya School, Saengprathip Wittaya Mulniti School, masing-masing dari Thailand, Regent International School Sungai Petani, SK Bayan Baru, Pulau Pinang dan SK Kamunting, Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini