Piala Malaysia : TFC I menewaskan PKNS 3-1 - Utusan Malaysia

Piala Malaysia : TFC I menewaskan PKNS 3-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Terengganu Football Club I (TFC I) memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila bergaya menumpaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor FC (PKNS FC) 3-1 pada aksi kumpulan A di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Tuan rumah bermula garang apabila mendahului 1-0 menerusi pemain tengah import, Sanjar Shaakhmedov pada minit ke-5.

Pemain kelahiran Uzbekistan itu sekali lagi meledak untuk gol kedua peribadi dan ketiga buat skuad Penyu pada masa kecederaan menjadikan kedudukan penuh 3-1.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu,  skuad Semut Merah yang tersentak ketinggalan telah memperkemas kembali barisan serangan sebelum berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan penyerang, Muhammad Jafri Firdaus Chew pada minit ke-30.

Begitu pun keceriaan PKNS FC cuma seketika apabila kembali ketinggalan 1-2 selepas pemain pertahanan skuad Penyu, Nasrullah Haniff Johan bijak memanfaatkan hantaran Shaakhmedov pada minit ke-37.

TFC I sudah boleh melebarkan lagi jurang jaringan namun dua gol yang dihasilkan kapten pasukan, Kipre Tchetche pada minit ke-16 dan 47 dibatalkan kerana berada pada kedudukan offsife.

Muhammad Jafri pula sekali lagi hampir menyamakan kedudukan buat skuad Semut Merah namun rembatannya pada minit ke-53 sekadar menyentuh palang gol.

Tchetche juga berpeluang untuk menempa nama sebagai penjaring namun percubaannya pada minit ke-61 pula ditepis penjaga gol PKNS FC, Tauffiq Ar Rasyid Johar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini