KUALA LUMPUR – Seperti dijangka, Johor Darul Ta’zim memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila menewaskan UiTM FC 3-1 dalam aksi pertama Kumpulan B di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.
JDT tidak menunggu lama untuk menembusi gawang lawan menerusi percubaan penyerang, Diogo pada minit ke-15.
Gol kedua juara Liga Super enam kali berturut-turut diperoleh hasil sepakan penalti Safawi Rasid pada minit ke-65 sebelum bekas penyerang Buriram United, Diogo meledak gol kedua peribadinya lima minit sebelum tamat.
Jaringan sagu hati pasukan pelawat hadir pada minit terakhir permainan hasil jaringan Zarko Korac.
Kemenangan tersebut membolehkan JDT mengungguli tangga teratas Kumpulan B.
Satu lagi aksi Kumpulan B di antara PJ City FC menentang PKNP berlangsung di Petaling Jaya, esok. – UTUSAN ONLINE











