Kanak-kanak dipercayai patah kaki, lif terhempas dari tingkat lima - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dipercayai patah kaki, lif terhempas dari tingkat lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dipercayai patah kaki apabila lif yang dinaiki terhempas dari tingkat lima di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi dekat sini, petang tadi. 

Ibunya, Haliza Hassan, 37, berkata, kejadian berlaku ketika anak lelaki dan suaminya, 35, baru sahaja selesai solat Jumaat dan sedang menaiki lif bersama enam yang lain untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Akibat kejadian itu, suami saya turut cedera. Anak saya dipercayai patah kaki. Lepas kejadian, jiran-jiran bantu hubungi ambulans dan bomba. Anak saya dan suami kini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan selanjutnya. Saya harap sangat tiada kecederaan serius.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya desak pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk ambil langkah tegas dalam hal ini, jangan tunggu laporan kematian baru hendak bertindak,” katanya ketika menceritakan kejadian itu pada pemberita di lokasi kejadian.

Sejurus kejadian, sebuah jentera Jabatan Bomba Penyelamat Kuala Lumpur dengan kekuatan 20 anggota pergi ke lokasi kejadian dan menemui lapan mangsa di dalam lif yang mengalami pelbagai kecederaan termasuk patah kaki, cedera di pergelangan kaki dan tangan. 

Operasi menyelamat enam lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun itu selesai kira-kira 15 minit kemudian. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini