AS kenakan tarif 10% produk China - Utusan Malaysia

AS kenakan tarif 10% produk China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 2 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengumumkan untuk mengenakan tarif sebanyak 10 peratus lagi terhadap produk buatan China bernilai AS$300 bilion (RM1.2 trilion).

Keputusan itu secara tidak langsung menyaksikan dua kuasa besar ekonomi dunia itu telah mewujudkan jurang perdagangan sehingga AS$660 bilion (RM2.7 trilion) setakat ini.

Tarif tersebut akan dikuatkuasakan pada 1 September ini dan Trump turut memaklumkan bahawa beliau mungkin meningkatkan lagi kadar tarif berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, Trump me­rancang untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus berjumlah AS$250 bilion (RM1 trilion) terhadap barangan import dari China.

Menurut sumber, langkah tersebut dilihat sebagai usaha untuk menekan Beijing melaksanakan konsesi perdaga­ngan.

“Kadar 10 peratus itu adalah untuk jangka pendek dan saya sentiasa boleh lakukan lebih atau kurang, bergantung kepada China.

“Tarif itu juga boleh dinaikkan melebihi 25 peratus,” kata Trump seperti yang dilaporkan oleh Channel News Asia.

Tarif tersebut bakal meliputi barangan keluaran China seperti telefon bimbit, barangan keperluan bayi, jam dan permainan.

Ketika mengumumkan tarif berkenaan di Twitter, Trump menyatakan bahawa Beijing sudah bersetuju untuk ‘membeli produk agrikultur dari AS dalam kuantiti besar, namun tidak melakukan perkara tersebut’.

“Rakan sejawat saya, Presiden Xi Jinping juga sebelum ini memaklumkan bahawa beliau akan menghentikan penjualan ubat tahan sakit jenis fentanyl kepada AS, namun ia tidak pernah berlaku dan banyak rakyat negara ini terus menjadi korban,” ujar Trump. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini