Protes Sudan: 4 ditembak mati - Utusan Malaysia

Protes Sudan: 4 ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM 2 Ogos – Sebanyak empat penunjuk perasaan ditembak mati pasukan keselamatan dengan beberapa lagi dilaporkan cedera ketika menyertai demonstrasi di bandar raya Omdurman, semalam.

Al-Jazeera melaporkan, ribuan penunjuk perasaan mengadakan protes membantah pembunuhan empat pelajar di El-Obeid, Kordofan Utara, baru-baru ini.

Seorang saksi, Tarig Babikir dari Omdurman memberitahu, berpuluh-puluh penunjuk perasaan cedera selepas tentera melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup terhadap mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kejadian, kami sedang bergerak bersama-sama kumpulan demonstrasi berhampiran kawasan perumahan Umbada sebelum sebuah kereta pacuan empat roda tiba dan melepaskan tembakan secara melulu ke arah kami.

“Kebanyakkan daripada kami cedera dan di bawa ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Majlis Tentera Peralihan (TMC) berkata, sebanyak sembilan anggota pasukan separa tentera dipecat dan ditahan ekoran kematian penunjuk perasaan di El-Obeid.

Katanya, mereka yang ditahan merupakan anggota Pasukan Sokongan Cepat (RSF) yang dipercayai melancarkan tindakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan.

“Gabenor Kordofan Utara dan majlis keselamatannya akan dipertanggungjawabkan berhubung kematian enam orang termasuk empat pelajar di El-Obeid,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini