Hubung kait manusia dan haiwan - Utusan Malaysia

Hubung kait manusia dan haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HUBUNGAN manusia dengan haiwan sudah lama wujud. Jalinan yang lahir sejak penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. itu dapat dilihat dengan jelas dalam setiap aspek kehidupan ini.

Pedoman

Realitinya, hubungan itu telah memberi banyak manfaat manusia. Selain sebagai sumber makanan, haiwan akan membekalkan bahan untuk pakaian, perlindungan, perhiasan, pertanian, pengangkutan, ubat-ubatan, farmaseutikal dan sebagainya.

Ada juga haiwan yang digunakan sebagai simbol pengenalan identiti sesebuah masyarakat, komuniti, organisasi atau persatuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, apa yang menarik adalah hubungan itu menjadikan kehidupan alam ini lebih seimbang dan lestari. Ia juga mampu memastikan spesis manusia dan haiwan dapat terus wujud tanpa sebarang masalah.

Hubungan pertama antara manusia dan haiwan ketika berlakunya konflik pertama manusia atas muka bumi ini iaitu antara Qabil dan Habil. Peristiwa itu membabitkan cara membunuh dan menanam manusia yang meninggal dunia.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Maaidah:31-31 bermaksud: “Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga dia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang yang rugi. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: “Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, Aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?”. Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini