Zaman Khan masih terima rawatan di ICU - Utusan Malaysia

Zaman Khan masih terima rawatan di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Mohd. Zaman Khan Rahim Khan yang pengsan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Menurut anak sulungnya, Zakimi Zaman Khan, bapanya masih belum sedarkan diri namun mampu menggerakkan tangan dalam tempoh pemerhatian 24 jam ini.

“Keadaannya telah bertambah baik sejak semalam dan dia boleh menggerakkan tangan walaupun masih belum sedar sepenuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap orang ramai mendoakan bapa saya kembali sembuh,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Zaman Khan dilaporkan pengsan ketika menghadiri temu janji berjadual dengan doktor di HKL sebelum diberikan bantuan pernafasan dan dikejarkan ke ICU hospital tersebut.

Zaman Khan terkenal dengan penglibatannya dalam siasatan kes profil tinggi dan pernah berkhidmat sebagai Ketua JSJ Selangor dari tahun 1975 hingga 1978 dan kemudian sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah JSJ dari tahun 1989 hingga 1993 dan bersara sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara pada tahun 1997.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini