Jerebu ganggu operasi pencarian tiga pekerja resort hilang di laut - Utusan Malaysia

Jerebu ganggu operasi pencarian tiga pekerja resort hilang di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Operasi mencari dan menyelamat tiga pekerja resort hilang di perairan Dungun yang masih hari ketiga hari ini agak terganggu dengan cuaca berjerebu pada masa ini.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abdul Rashid berkata, jerebu disebabkan asap kebakaran hutan di Sumatera dan Riau, Indonesia dibawa tiupan angin barat daya tersebut telah mengehadkan penglihatan anggota mencari dan menyelamat yang sedang beroperasi di lokasi pencarian.

“Begitupun ia tidak melemahkan semangat lebih 50 anggota pasukan mencari dan menyelamat untuk menyambung operasi mencari tiga mangsa terbabit di laut dan udara sejak pukul 7.30 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini pencarian berkenaaan masih belum berhasil. Oleh itu lokasi pencarian telah diperluaskan dari perairan Kerteh, Kemaman hingga ke Marang,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, selain itu, pihaknya juga akan melakukan pencarian di beberapa gugusan pulau kecil yang terdapat di sekitar perairan Pulau Tenggol, Dungun seperti Pulau Nyireh, Pulau Tokong Burung dan Pulau Tokong Daik.

Ujar beliau, ia disebabkan pihaknya tidak dapat menolak kemungkinan ketiga-tiga mangsa iaitu Fauzi Mohamad, 40; Muhammad Firdaus Mohd. Awalluddin, 25; dan Mohamad Hafiz Abd. Rahim, 22, yang hilang sejak Rabu lalu berlindung atau terdampar di salah satu daripada pulau-pulau berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini