Malaysia masih tidak berubah jadi negara maju - Utusan Malaysia

Malaysia masih tidak berubah jadi negara maju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Menunggu keadaan dalam negara berjalan dengan suasana licin dan lancar serta ekonomi boleh maju merupakan situasi yang subjektif.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, sedangkan Dr. Mahathir yang pernah mentadbir selama 22 tahun pun Malaysia masih tidak berubah menjadi negara maju.

Kata beliau ketika dihubungi Utusan Online, atas sebab itu alasan yang diberikan Dr. Mahathir itu dilihat sebagai kenyataan yang bersifat politikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alasan itu tidak sewajarnya digunakan untuk menangguhkan pelan peralihan kuasa sebagaimana dipersetujui dalam konsensus Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Patah tumbuh hilang berganti dalam mana-mana pemerintahan mana-mana negara di dunia. Usaha menongkat langit pemerintahan yang lebih lama bukan lagi diamalkan oleh kepimpinan negara maju,” katanya.

Dr. Mahathir semalam berkata, beliau akan berundur apabila mendapati keadaan dalam negara sudah licin dan lancar serta sudah boleh maju dari situ.

“Ia mungkin mengambil masa dua tahun, mungkin tiga tahun, saya tidak tahu, tetapi kita sedang mengusahakannya,” kata beliau apabila ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Dr. Mahathir perlu berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×