KUALA LUMPUR 2 Ogos – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup sementara Daratan Kemerdekaan (Persiaran Bandaraya) pada 1 hingga 5 Ogos ini sempena Karnival 3W ( Wellness, Welfare, Women).
MBSA dalam satu kenyataan memberitahu, penutupan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada pelbagai aktiviti yang telah disediakan antaranya pertunjukan fesyen kanak-kanak, sembang santai, forum, eco free market dan sebagainya.
“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut. Kami memohon maaf atas kesulitan sepanjang karnival itu berlangsung,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











