SUTL Global Singapura ambil alih 51 peratus Sportsland - Utusan Malaysia

SUTL Global Singapura ambil alih 51 peratus Sportsland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – SUTL Global Pte Ltd, anak syarikat milik penuh SUTL Sports Retailing Pte Ltd, telah memasuki lapangan runcit sukan Malaysia dengan pengambilalihan sebanyak 51 peratus kepentingan pengendali kedai Nike terbesar negara, Sportsland Sdn. Bhd.

Pengerusi SUTL Global, Arthur Tay berkata, berikutan pengambilalihan itu, Sportsland akan dinamakan semula sebagai SUTL Sportsland Sdn. Bhd. dan mengendalikan kedai jenama Nike di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang, dengan kedai akan datang di Johor Bahru pada September tahun ini.

“Sebagai pemegang saham majoriti SUTL Sportsland, peruncitan SUTL Sports akan menyelaraskan dan menyatukan pasukan kepimpinan berpusat di Singapura, yang akan bertanggungjawab untuk menjalankan keseluruhan perniagaan kerjasama Nike kedua-dua negara dan disokong oleh pasukan pengendali tempatan yang berpangkalan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tay juga berkata, SUTL Global akan memperluas manfaat keahlian SUTL Life ke kedai-kedai yang dikendalikan oleh SUTL Sportsland di Malaysia, yang merupakan program berasaskan keahlian yang menawarkan pelanggan potongan harga barangan biasa dan membolehkan mereka memperoleh mata ganjaran SUTL Life untuk mengimbangi pembelian di masa hadapan.

“SUTL Global akan terus meneroka peluang untuk menambah nilai dan mengembangkan portfolionya di Singapura, Malaysia dan juga pasaran baharu berpotensi.

“Kami berharap dapat mewujudkan jenama SUTL sebagai pengedar utama produk Nike dalam persekitaran runcit dan gaya hidup global yang dinamik serta bermanfaat dan mencabar,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini