Pekerja kilang maut motosikal bertembung MPV - Utusan Malaysia

Pekerja kilang maut motosikal bertembung MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Seorang pekerja kilang automobil maut selepas motosikal ditunggang terbabas masuk ke laluan bertentangan di Jalan Lesung Batu Alor Gajah di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Mohd. Amirrul Ukqmal Azaar, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z dalam perjalanan dari arah Machap Baru ke Alor Gajah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

“Akibat kemalangan itu, penunggang lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu wanita terbabit yang berusia 35 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini