Adat pun panggil DAP yang rasmi - Mohamad Hasan - Utusan Malaysia

Adat pun panggil DAP yang rasmi – Mohamad Hasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Tindakan pengajur Forum Ibu Soko di Negeri Sembilan menjemput Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon untuk merasmikan forum tersebut dikritik.

MOHAMAD HASAN
MOHAMAD HASAN 

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penganjur sepatutnya menjemput Datuk Penghulu Luak Jempol untuk merasmikan majlis itu kerana forum tersebut berkaitan adat dan berlangsung di kawasan beliau.

Menurut Mohamad, forum tersebut juga berkaitan dengan tugas Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu, Mohamad Nazaruddin Sabtu yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pilah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adat pun panggil DAP yang rasmi. Takkan tak boleh jemput sekurang-kurangnya Dato Penghulu Luak Jempol, buat di kawasan beliau.

“Ini bukan ke fungsi Exco Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu NS, ADUN Pilah?” tulis Mohamad dalam Facebook beliau.

Forum Ibu Soko Di Negeri Sembilan dijadual berlangsung di Dewan Pendeta Za’ba, Batu Kikir Jempol pada 6 Ogos depan.

Forum bertema ‘Wanita Pemangkin Adat Pepatih’ itu bertujuan untuk mengetahui peranan dan kedudukan serta tanggungjawab Ibu Soko atau wanita dalam sistem adat Perpatih.

Poster Forum Ibu Soko di Negeri Sembilan yang dikongsi dalam Facebook Muzium Negeri Sembilan.
Poster Forum Ibu Soko di Negeri Sembilan yang dikongsi dalam Facebook Muzium Negeri Sembilan. 

Forum yang dijadual akan dirasmikan oleh Nicole itu juga bertujuan untuk memartabatkan warisan adat dan budaya Negeri Sembilan.

Sementara itu beberapa komen warganet di Facebook Muzium Negeri Sembilan yang mempromosikan forum tersebut turut tidak bersetuju Nicole merasmikan majlis tersebut.

“Ibu Soko tertinggi, Tengku Ampuan tak boleh sempurnakan ke? Atau To’ Puan yang berstatus Ibu Soko, tak ada ke?” tulis Apaxs Sordaso.

“Mana Exco Kebudayaan ADUN Pilah tu? Kenapa bukan dia yang datang. Betul ke YB Pilah tu dah tak boleh jalankan tugas?” tanya Helmi Mohamad.

“Mana perginya orang adat di Luak Jempol. Dah hilang ke?” komen Faszeli Pokley.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini