Pembeli belanja lebih untuk jimat kos - Utusan Malaysia

Pembeli belanja lebih untuk jimat kos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Kajian Nadi Pembeli Dalam Talian UPS mendapati pembeli di Asia Pasifik sering mengambil tindakan untuk mengurangkan kos penghantaran, dengan 37 peratus menunjukkan mereka bersedia menambah barang dalam pesanan bagi memenuhi syarat penghantaran percuma.

Naib Presiden Pemasaran UPS Asia Pasifik, Sylvie Van den Kerkhof berkata, sebanyak 27 peratus lagi menyatakan mereka akan membeli produk alternatif pada harga lebih tinggi daripada kadar ditetapkan peruncit bagi penghantaran percuma.

Katanya, angka itu menunjukkan pembeli sebenarnya boleh diberi insentif untuk berbelanja lebih daripada pembelian sebenar, jika tindakan itu akan mengurangkan kos penghantaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas beliau, penyelidikan baharu dijalankan oleh syarikat itu mendapati sebanyak 92 peratus kalangan pembeli perniagaan di Asia Pasifik mahukan semua aspek penghantaran diuruskan oleh pembekal atau pengirim.

“Berikutan semakin banyak pilihan untuk membeli secara dalam talian dan persaingan meningkat, jangkaan menjadi semakin tinggi dan peruncit perlu proaktif untuk mendahului trend.

“Keupayaan untuk menawarkan insentif bukan sahaja dalam bentuk penawaran produk unik tetapi juga dalam pengiriman dan pengalaman penghantaran amat penting untuk berjaya dalam landskap e-dagang yang sentiasa berubah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pembeli di Asia Pasifik mungkin lebih tinggi daripada purata global untuk membeli produk bukan domestik dengan 71 pera­tus membeli di peringkat antarabangsa, peratusan tertinggi daripada semua rantau yang dikaji.

Bagi yang membeli di pe­ringkat antarabangsa, 42 peratus menyatakan bahawa mereka berbuat demikian kerana kualiti produk yang lebih tinggi manakala 41 peratus memberi­tahu ia adalah kerana produk yang mereka mahukan hanya boleh dibeli daripada pembekal antarabangsa.

Sementara itu, Pengarah Urusan UPS Singapura dan Malaysia, Lim Tze Hsien berkata, Malaysia telah menjadi penggiat yang kukuh dalam e-dagang antarabangsa sejak bertahun-tahun.

“Pertumbuhan e-dagang Malaysia diunjurkan berterusan berikutan sasaran telah ditetapkan untuk industri itu menyum­bang RM211 bilion kepada ekonomi negara pada 2020.

“Perniagaan Malaysia sedang berinovasi dan berusaha untuk mengoptimumkan strategi dalam talian mereka untuk menawan perkongsian pasaran merentasi rantau Asia-Pasifik ketika mereka berusaha untuk mencapai sasaran itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini