Cent-GPS dedah hakikat kefahaman ramai tentang pendidikan seks - Utusan Malaysia

Cent-GPS dedah hakikat kefahaman ramai tentang pendidikan seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Belajar menggunakan alat perlindungan seks daripada laman lucah dan menganggap pendidikan seks hanya boleh diajar oleh ibu-bapa berbanding di sekolah.

Itu dapatan kajian yang dilakukan Pusat Kajian Center for Governance and Political Studies (Cent-GPS) terhadap 2,000 subjek lelaki berumur antara 18 hingga 30 tahun merangkumi kaum Melayu, India dan Cina di kawasan Lembah Klang pada 30 Julai lalu.

Berdasarkan kajian tersebut, sebanyak 32 peratus daripada mereka menganggap pendidikan seks akan mempromosikan aktiviti seksual dalam kalangan masyarakat manakala 68 peratus yang lain pula berpandangan sebaliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, 48 peratus daripada mereka memilih pendidikan seks diajar oleh ibu bapa manakala 30 peratus lagi pula memilih perkara itu diajar di sekolah.

Ketika ditanya adakah agama masing-masing membenarkan pengajaran pendidikan seks, sebanyak 56 peratus daripada mereka mengatakan ia dibenarkan manakala 36 peratus lagi menjawab ia tidak diizinkan.

Pada masa sama, kajian tersebut mendapati sebanyak 53 peratus daripada subjek belajar menggunakan alat perlindungan seks daripada media manakala 24 peratus lagi secara terbuka mengaku mempelajari perkara tersebut melalui laman lucah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini