Prisia Nasution tahan hasrat ada anak - Utusan Malaysia

Prisia Nasution tahan hasrat ada anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMA Prisia Nasution dalam lapangan hiburan tanah air mungkin tidak seampuh portfolio seninya di kota asalnya Jakarta. Indonesia.

Selain menggalas takhta sebagai pelakon aksi dan seram di negara jiran, Prisia juga terkenal sebagai pengacara dalam rancangan televisyen di Indonesia.

Kepada peminat di Malaysia, selain bergelar isteri kepada pelakon Iedil Putra, bintang filem Interchange arahan Dain Said itu mungkin pernah disedari menerusi karya besar berjudul Sang Penari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejak mula intim dari lokasi Interchange sehingga berkahwin pada tahun 2016, Iedil juga jaran membuka kisah rumah tangga mereka.

Bertemu mata pada majlis pelancaran tayangan eksklusif telefilem terbaharu lakonannya berjudul, Timun Mas & Ijo, Prisia di Kuala Lumpur baru-baru ini, Prisia bercerita tentang mengenai perancangan memiliki cahaya mata, watak sebagai Mbak Sarini dan rencana kerjayanya.

KOSMO!: Boleh Prisia ceritakan pengalaman bekerjasama dengan produksi di Malaysia?

PRISIA: Semuanya berjalan dengan lancar. Cabarannya kerana kami menjalani penggambaran ketika menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang lalu.

Dalam telefilem ini saya membawa watak sebagai Mbak Sarini. Watak tersebut tidak sukar kerana saya masih bertutur dalam bahasa ibunda, malah hikayat Timun Mas & Ijo antara hikayat popular di Nusantara.

Cuma ada sedikit kejutan apabila pengarah meminta saya beraksi sebagai Mak Andeh lakonan Fasha Sandha yang telah menyamar menjadi Mbak Sarini dalam kisah ini. Jadi, saya perlu bertutur seperti orang Kuala Lumpur.

Adakah anda meminta nasihat daripada Iedil untuk menjayakan watak Mbak Sarini?

Kami ada berbincang dan berkongsi pengalaman, itu sahaja. Saya belajar bertutur dalam bahasa tempatan ketika di set kerana itu merupakan permintaan pengarah pada saat-saat akhir.

Jadi, saya belajar cara bercakap di set dengan bertutur bersama pelakon yang lain hanya untuk babak berkenaan.

Bagaimanakah kehidupan anda dengan Iedil?

Kehidupan saya dengan Iedil baik sahaja. Iedil kini menetap di Indonesia bersama saya. Jika dia mempunyai projek di Malaysia, jadi dia akan pulang ke sini. Jika ada kelapangan saya akan turut serta.

Sebenarnya tiada perkara menarik untuk kami kongsikan kerana masing-masing masih fokus terhadap kerjaya dan saling menyokong antara satu sama lain. Iedil juga semakin mencipta nama dalam industri perfileman Indonesia.

Saya sebagai isteri, sudah tentu gembira. Selepas ini, saya boleh berehat sahaja di rumah.

Adakah anda tidak khuatir Iedil lebih popular sedangkan anda terlebih dahulu berlakon di Indonesia?

Tidak. Saya gembira melihat Iedil membina nama di sana.

Sejujurnya, ilmu lakonan Iedil adalah lebih baik berbanding saya kerana dia terlebih dahulu terbabit aktif sebagai pelakon.

Semakin hari, Iedil semakin diterima di Indonesia.

Saya gembira dengan perkembangan tersebut. Mungkin suatu hari nanti saya tidak perlu bekerja dan berehat sahaja.

Adakah anda merancang untuk mempunyai cahaya mata?

Sudah tentu seperti pasangan lain, saya mahu mempunyai anak.

Bagaimanapun, saya terikat dengan beberapa kontrak yang tidak mengizinkan saya untuk mengandung.

Jadi, saya perlu lunaskan tanggungjawab terlebih dahulu sebelum fokus untuk memiliki anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini