Dua maut konflik terbaharu Kashmir - Utusan Malaysia

Dua maut konflik terbaharu Kashmir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 1 Ogos – Pakistan memindahkan kesemua warga China yang terlibat dalam projek pembinaan awam berhampiran Garisan Kawalan (LOC), susulan insiden tembakan dari India mengakibatkan dua orang awam terbunuh manakala puluhan lagi dilaporkan cedera.

Lapor agensi berita Sputnik, media Pakistan memetik kenyataan pegawai kerajaan berkata, kira-kira 50 warga China yang bekerja di tapak pembinaan sebuah empangan di sepanjang pertemuan antara Sungai Neelam dan Sungai Jhelum dipindahkan akibat serangan itu.

Seorang pegawai Pakistan, Raja Shahid Mahmood berkata, keputusan untuk memindahkan pekerja dari China itu dibuat selepas beberapa siri tembakan dilakukan secara sembarangan oleh pasukan keselamatan India.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua pasukan tentera negara nuklear itu dilapor berbalas serangan di sepanjang LOC, di sempadan bandar Hajipeer di daerah Baramulla, utara Kashmir sejak semalam.

Terdahulu, Kementerian Luar Pakistan telah memanggil seorang diplomat India di Islamabad dan membuat bantahan rasmi terhadap pelanggaran gencatan senjata oleh pasukan tentera India di beberapa kawasan sepanjang LOC.

Pakistan menyalahkan pasukan tentera India melakukan serangan dengan menyasarkan orang awam di kawasan Danna, Dhddnial, Jura, Lipa, Shardda dan Shahkot di sepanjang LOC.

Seorang penduduk, Nouman Ahmad, 26, terbunuh manakala sembilan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak cedera parah dalam serangan tersebut.

Kementerian Luar India juga telah mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Tinggi Pakistan berhubung pencabulan gencatan senjata sehingga mengakibatkan seorang warga India terbunuh, kelmarin.

Jelas laporan itu, kerajaan India telah meminta Pakistan untuk berhenti daripada melakukan serangan demikian dengan segera dan menyiasat tindakan keganasan membunuh orang awam yang tidak bersalah. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini