Kadar jangka pendek stabil berikutan operasi BNM - Utusan Malaysia

Kadar jangka pendek stabil berikutan operasi BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menurun kepada RM23.23 bilion daripada RM27.93 bilion pagi ini, manakala dalam sistem Islam, ia jatuh kepada RM14.43 bilion berbanding RM19.54 bilion.

Terdahulu, BNM menerbitkan tiga tender pasaran kewangan konvensional, tender lelongan kematangan pelbagai Islam Qard dan satu tender repo terbalik.

Memuatkan artikel berkaitan…

BNM juga telah menyemak semula tender semalaman Murabahah kepada RM13.4 bilion daripada RM12.3 bilion.

Pada 4 petang, ia menjalankan tender pasaran wang konvensional RM23.2 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM13.4 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus, manakala kadar seminggu, dua SERTA tiga minggu, masing-masing pada 3.03, 3.07 dan 3.12 peratus. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini