[VIDEO] Taskforce SPRM sedang perhalusi laporan LKAN sebelum ambil tindakan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Taskforce SPRM sedang perhalusi laporan LKAN sebelum ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 1 Ogos – Pasukan Petugas Khas (Taskforce) yang baharu ditubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih lagi menyiasat pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sebelum mengambil tindakan sekiranya wujud unsur rasuah dan penyelewengan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, siasatan oleh pasukan khas itu harus dilakukan secara terperinci bagi mengenal pasti jenis masalah termasuk unsur ketirisan, isu tatatertib, permasalahan sistem dan prosedur.

“Buat masa ini kami telah berjumpa dengan Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dan berbincang mengenai penubuhan pasukan taskforce susulan pendedahan LKAN sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita hanya akan mengambil isu membabitkan rasuah. Sebab laporan (LKAN) ini besar dan banyak. Selain pihak jabatan yang turut mengendalikan isu, SPRM akan memfokuskan kes melibatkan unsur jenayah rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Melaka Tolak Rasuah Peringkat Negeri Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2019 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari di Menara Taming Sari, di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Hasim Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Pengarah SPRM negeri, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail. – ONLINE UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini