Modul khas bantu kakitangan kerajaan bebas dadah - Utusan Malaysia

Modul khas bantu kakitangan kerajaan bebas dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 1 Ogos – Kakitangan kerajaan termasuk anggota penguat kuasa yang terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah yang serius disaran mengikuti modul rawatan khas yang dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, modul tempat kerja bebas dadah itu telah lama diperkenalkan dan berjaya memulihkan ramai golongan berkenaan termasuk kakitangan swasta.

“Berdasarkan operasi yang dijalankan sebelum ini, kita telah mengenal pasti beberapa pegawai penguat kuasa termasuk AADK sendiri terlibat dalam masalah ini dan kesemua mereka telah dikenakan tindakan undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, program tempat kerja bebas dadah ini boleh membantu mereka menguatkan jati diri dan memperkasakan aspek perlindungan agar mereka tidak kembali terjebak dalam gejala penyalahgunaan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan ke beberapa buah pulau yang dicadangkan untuk diwujudkan pusat pemulihan dan rawatan dadah di sini, hari ini.

Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mendedahkan seramai 30 orang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ditahan kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak Januari lalu.

Abdul Hamid turut melahirkan kebimbangan kerana setiap minggu ada sahaja anggotanya ditahan kerana mengambil dadah terutamanya jenis syabu.

Dalam perkembangan sama, Zulkifli turut berharap kesemua agensi penguatkuasaan memberikan kerjasama yang terbaik dengan AADK untuk membanteras kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota.

“Kita turut mencari penyelesaian konkrit agar segala usaha yang dilaksanakan selama ini tidak bersifat sementara atau bermusim sehingga ia berulang semula selepas itu,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini