Kelantan Jelapang Makanan Negara - Utusan Malaysia

Kelantan Jelapang Makanan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 1 Ogos – Kerajaan Pas Kelantan akan terus memberikan fokus kepada sektor pertanian sebagai usaha untuk menjadikan negeri ini sebagai jelapang makanan negara selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) untuk mengurangkan kebergantungan import produk pertanian.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pada tahun lepas, sektor pertanian negeri ini menunjukkan peningkatan sebanyak 29 peratus dengan lebih 470,000 metrik tan hasil tanaman dengan nilaian lebih RM770 juta direkodkan.

Beliau berkata, jumlah petani atau pengusaha juga bertambah seramai lebih 230,000 orang pada 2018 berbanding hanya 147,000 pada tahun sebelumnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peningkatan sebanyak 36 peratus itu perlu dilonjakkan lagi menerusi terokaan baharu industri pertanian yang berteknologi tinggi.

“Sektor industri asas tani pula telah menunjukkan peningkatan dengan hasil sebanyak 10,000 metrik tan yang melibatkan 737 pengusaha aktif dengan nilai pengeluaran sebanyak RM97,000,000,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) peringkat negeri di Pantai Bisikan Bayu, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Saripuddin Tuan Ismail.

AHMAD YAKUB (dua kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada pengusaha ternakan ayam komersial di H
AHMAD YAKUB (dua kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada pengusaha ternakan ayam komersial di H 

Ahmad berkata, bagi memastikan kemajuan sektor pertanian, pelbagai langkah telah di ambil oleh agensi-agensi pertanian kerajaan negeri dengan memperkenalkan pelbagai intensif yang bersifat khidmat nasihat teknikal dan kursus-kursus yang berkaitan.

Menurutnya, langkah yang diambil sangat penting ke arah menjayakan program pertanian seperti pembangunan tanah terbiar serta pembangunan usahawan dan industri asas tani mencapai sasaran.

“Ini selaras dengan Dasar Pertanian Negeri Kelantan yang memberi penekanan kepada pembangunan dan pertumbuhan sektor pertanian komersil serta industri berasaskan pertanian dan pembangunan tanah terbiar.

“Misi untuk menjadikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) untuk mengurangkan kebergantungan import dari produk pertanian seterusnya memastikan bekalan makanan bukan sahaja cukup untuk dimakan malah selamat untuk dimakan,” katanya.

Katanya, dengan jangkaan penduduk Malaysia akan meningkat kepada 41.2 juta orang menjelang 2040, menjadi satu keperluan betapa pentingnya usaha memastikan bekalan makanan negara mencukupi keperluan menerusi kegigihan usaha dalam sektor pertanian.

Tambahnya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan di peringkat negeri sebelum ini termasuk penternakan lembu pedaging, Naim Beef dan program peningkatan hasil sub sektor pertanian yang lain seperti perikanan, buah- buahan dan aktiviti perladangan untuk memenuhi keperluan domestik negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini