Kerja-kerja pihak ketiga punca paip pecah di Lebuhraya Persekutuan - Utusan Malaysia

Kerja-kerja pihak ketiga punca paip pecah di Lebuhraya Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Kerja-kerja pihak ketiga telah menyebabkan kejadian paip pecah di KM 6.6, Lebuhraya Persekutuan berhampiran Kolam Air Pantai Kompleks, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, ekoran insiden itu, dua kawasan di wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian itu telah menyebabkan penutupan bekalan air sementara bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan, iaitu di Seksyen 11 dan Seksyen 16 serta Jalan Pantai Baharu dan Lingkaran Syed Putra.

“Kami telah memulakan proses kerja-kerja pembaikan dan segala usaha diambil bagi mempercepatkan kerja baik pulih paip yang pecah.

“Pihak kami juga telah melaporkan insiden ini kepada pihak berkuasa dan pihak yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini