Murata, Shindy juara Cultra 2019 - Utusan Malaysia

Murata, Shindy juara Cultra 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Peserta Jepun, Ryo Murata dan Shindy Patricia Elisabeth dari Indonesia mengungguli kategori terbuka 100 kilometer acara larian denai Cameron Ultra Trail 2019 (Cultra 2019), baru-baru ini.

Murata menamatkan larian selepas mengharungi laluan bergunung dengan catatan masa 12 jam 52 minit 41 saat mengatasi rakan senegaranya, Hisashi Kitamura dengan catatan 13’32.02s manakala Beng Wan Ong muncul peserta terbaik negara dengan rekod 14’37.07s untuk berada di kedudukan ketiga.

“Peringkat awal saingan agak mencabar kerana hujan turun dengan agak lebat sewaktu pelari dilepaskan. Hujan juga menyebabkan laluan denai agak licin dan kami perlu lebih berhati-hati.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya hanya menyedari sedang mendahului perlumbaan setelah melepasi jarak 30km dan terus berlari ke garisan penamat,” kata pelari berusia 27 tahun dari Tokyo itu

Sementara itu, Shindy yang menjadi juara dalam kategori wanita menamatkan larian dengan masa 19’02.49s diikuti pelari Thailand, Hirajit Boonsaen dengan masa 19’55.40s dan Hsiao Shiang Chong ketiga dengan masa 21’37.09s.

“Cuaca sejuk ditambah dengan hujan sewaktu peserta dilepaskan pada 3.30 pagi merupakan antara cabaran besar kepada pelari namun saya berjaya mengawal situasi dengan baik tanpa mengganggu rentak larian.

“Penganjuran sangat teratur dan saya suka laluan yang ditetapkan. Kalau di Indonesia, laluannya berbeza kerana laluan bergunung membuatkan kami lebih banyak mendaki tetapi di sini kami banyak berlari sepanjang laluan,” kata peserta berusia 36 tahun itu.

Kategori 100km lelaki veteran menjadi milik Soonseng Ong dengan masa 15’06.15s manakala Song Hiang Ng menguasai kategori wanita dengan masa 19’26.42s.

Sementara itu, kategori 55km terbuka dimenangi pelumba dari Lahad Datu, Romi Romantis Robi bagi kategori lelaki dengan masa 7’24.08s dan Emilie Tan dari Australia dalam kategori wanita dengan masa 7’22.00s.

Kategori 55km veteran milik Raymond Lim dan Michelle Looi Mei Yan.

Syahrul Neyzam Sukasdi dan Amer Hamzah Arsyad menguasai kategori 30km lelaki terbuka dan veteran sementara Farisya Amira Ahmad Hambal dan Ong Lea Teng Alice untuk wanita.

Kategori 15km lelaki terbuka dan veteran dimenangi Muhamad Wazini Mazli dan Poh Meng Choo sementara wanita dimenangi Maryani Ismail dan Sue Ling Teoh.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini