Sebahagian Jalan Taman Putra, Ampang ditutup mulai esok - Utusan Malaysia

Sebahagian Jalan Taman Putra, Ampang ditutup mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Sebahagian laluan di Jalan Taman Putra dekat sini akan ditutup dan dilencongkan sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Hulu Kelang (Suke) di Ampang, Selangor.

Prolintas Highways memaklumkan, masa penutupan akan dilaksanakan selama tujuh jam bermula dari pukul 10 malam hingga 5 pagi pada esok hingga 6 Ogos ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda keselamatan dan arahan kakitangan bertugas untuk perjalanan yang lancar dan selamat.

“Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1300-88-9922,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini