Rosman dilantik sebagai Pemangku Pengarah Urusan Bank Rakyat - Utusan Malaysia

Rosman dilantik sebagai Pemangku Pengarah Urusan Bank Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AZRUL HAKIMIE ANUER


KUALA LUMPUR 1 Ogos – Bank Rakyat melantik Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Rosman Mohamed sebagai Pemangku Pengarah Urusan berkuat kuasa hari ini.


Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso berkata, pelantikan itu dibuat bagi memastikan kesinambungan strategi dan pelan sedia ada tanpa menjejaskan operasi.

“Pelantikan ini menandakan usaha berterusan bank untuk menyusun semula hala tuju demi menghasilkan masa hadapan yang lestari dan progresif dalam landskap yang sentiasa berubah bagi mencapai aspirasi untuk berkhidmat kepada masyarakat, negara dan planet,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rosman sebelum ini dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada 1 April lalu sehingga 31 Mac 2020.

Beliau merupakan pemegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Saint Louis, Missouri, Amerika Syarikat (AS) dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Urbana, Ohia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rosman mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman pengurusan dalam pelbagai industri termasuklah perbankan, pembangunan perniagaan, sumber manusia serta perakaunan di dalam dan luar negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini