FITRAH kehidupan setiap manusia inginkan kebahagiaan hingga ke syurga dengan melayari hidup berumah tangga bersama insan dicintai.

Namun, tidak semua orang bernasib baik apabila hubungan dibina terkandas di pertengahan jalan dek kerana tiada jodoh.
Bak kata orang tua-tua dahulu iaitu sekiranya berjodoh, larilah sehingga ke hujung dunia sekalipun namun pasti akan bersama dan begitulah kalau sebaliknya.
Walau bagaimanapun, tidak perlu risau kerana Allah telah berfirman bahawa “Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan daripada sesuatu yang tumbuh di bumi, daripada mereka (manusia) dan daripada sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: 36)
Kita perlu sentiasa yakin dengan ketentuan dan perancangan Allah kerana sifat bersangka buruk terhadap sang pencipta secara tidak langsung menolak jodoh yang akan datang kepada kita.
Di samping itu, bagi menjemput jodoh supaya cepat sampai, disarankan untuk tidak pernah putus asa untuk berdoa dan sentiasa bersangka baik terhadap perancangan Allah.
Kita juga boleh memperbanyakkan amalan bersedekah untuk meningkatkan potensi kemakbulan doa kita di samping memurahkan rezeki.
Selain itu, bagi mereka yang masih belum bertemu jodoh disarankan agar sentiasa mengikut perancangan Allah dan tidak tergopoh-gapah mengikut trend ‘kahwin’ muda kerana kebiasaannya yang terbaik datang lambat.
SUMBER: https://akuislam.com/blog/renungan/cara-menjemput-jodoh/











