Hubungi 012-2087222 jika ada maklumat berkaitan dadah - Utusan Malaysia

Hubungi 012-2087222 jika ada maklumat berkaitan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH 29 Julai- Polis melancarkan satu talian hotline yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan orang awam menyalurkan maklumat mengenai kegiatan berkaitan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, usaha itu bagi melumpuhkan kegiatan penagihan dan pengedaran dadah.

Menurutnya, kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis amat penting supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, talian hotline iaitu 012-2087222 diwujudkan supaya orang ramai boleh menghantar maklumat seperti gambar serta lokasi yang menjalankan kegiatan berkaitan dadah menerusi mesej di aplikasi WhatsApp atau membuat panggilan.

“Orang ramai tidak perlu khuatir terhadap keselamatan mereka kerana semua butir maklumat yang disalurkan akan dirahsiakan,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Semenyih di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini