Op Icebreaker: 2,603 penagih ditahan sejak 18 jam dilancar - Utusan Malaysia

Op Icebreaker: 2,603 penagih ditahan sejak 18 jam dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH 29 Julai- Sebanyak 2,603 individu ditahan dipercayai terlibat dengan aktiviti dadah dalam Op Icebreaker di seluruh negara, tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (JSJN), Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, serbuan yang dilancarkan bermula semalam hingga 4 Ogos ini adalah bagi mengurang serta menghampuskan bekalan dadah, membanteras lokasi pengedaran serta menyekat individu-individu yang mendalangi kegiatan tersebut.

Menurutnya, mereka yang ditahan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk membekalkan, memiliki serta positif dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 152 individu ditahan kerana mengedar dadah, 82 individu (di bawah LLPK); 407 individu (memiliki); 1,392 individu (positif dadah) dan 30 individu (mempunyai waran tangkap).

“Pelbagai jenis dadah turut dirampas. Antaranya, 319.56 gram syabu, 0.9 gram ketamin, 18 pil erimin 5,233 pil yaba, 77.95 gram ganja, 613.15 gram heroin, 106.97 gram dan 116,700 gram air ketum,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Semenyih di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini