Piala Indonesia terpaksa ditangguh kerana keselamatan - Utusan Malaysia

Piala Indonesia terpaksa ditangguh kerana keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Kedah dinobatkan juara Piala FA Malaysia Sabtu lalu, namun, aksi final FA Indonesia atau digelar sebagai Piala Indonesia yang dijadualkan semalam, terpaksa ditunda berikutan kebimbangan tahap keselamatan perlawanan akhir kedua itu.

Final kedua Piala Indonesia, yang menggunakan format Piala FA itu antara pasukan Persija Jakarta dan PSM Makassar, sepatutnya berlangsung 3.00 petang waktu Indonesia Barat, semalam di Stadium Mattoangin, Makassar.

Pasukan Persija yang memenangi perlawanan akhir pertama dengan jaringan 1-0 pada 21 Julai lepas di Jakarta, enggan ke Stadium Andi Mattalatta, Mattoangin, Makassar atas faktor keselamatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bas yang dinaiki pemain pasukan itu dilempar batu dan objek keras dan dalam sesi latihan sehari sebelum itu, insiden sama menimpa mereka.

Menurut media tempatan, berikutan insiden semasa sesi latihan pasukan Persija itu, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) memutuskan aksi akhir kedua tersebut dilangsungkan tanpa penonton.

Aksi final kemudian dianjakkan kepada pukul 3.30 petang semalam, sebelum Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria memutuskan perlawanan akhir kedua itu ditangguhkan kepada tarikh yang belum ditetapkan.

Sehingga petang ini, PSSI belum mengumumkan jadual baharu aksi final kedua itu. Piala Indonesia 2018/19 itu ditandingi 128 pasukan dari Liga 1, 2 dan 3, menerusi format kalah mati. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini