Pelajar KUPTM KL anjur Salam Damai Syria bantu kumpul dana - Utusan Malaysia

Pelajar KUPTM KL anjur Salam Damai Syria bantu kumpul dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Pelajar Ijazah Korporat Komunikasi semester 8, Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur akan menganjurkan program amal Salam Damai Syria yang bertujuan mengutip dana qurban membantu rakyat Syria menyambut Aidiladha.

Program dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan, Cinta Syria Malaysia itu akan berlangsung di Angkasa Event Space, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini pada 3 dan 4 Ogos ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis yang bermula dari pukul 10 pagi hiingga 11 malam itu bakal mengetengahkan konsert amal yang diberi nama Symphony for Syria selama dua hari berturut-turut.

Orang ramai dipelawa memeriahkan program tersebut dan bersama menghulurkan sumbangan sebagai tanda prihatin terhadap nasib umat Islam di negara bergolak itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini