Azmin tidak hadir mesyuarat parti kerana ada program kerajaan Persekutuan - Utusan Malaysia

Azmin tidak hadir mesyuarat parti kerana ada program kerajaan Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyatakan beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat pimpinan parti itu semalam, berikutan perlu menghadiri program kerajaan Persekutuan.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, tanggungjawab sebagai menteri yang dipikul, memerlukan dirinya membahagikan tugas sebagai pemimpin parti politik dan kerajaan.

“Kita perlu membawa mandat ini secara bersama. Jadi, ada kalanya tugas kerajaan yang perlu kita laksanakan, itu juga tanggungjawab kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai tanggungjawab parti pun kita kena tunaikan juga, kita perlu lakukan kedua-duanya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau diminta mengulas isu ketidakhadirannya pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bulanan PKR di ibu pejabat parti itu semalam. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini