34 ditahan terlibat sabung ayam - Utusan Malaysia

34 ditahan terlibat sabung ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 29 Julai – Polis menahan 34 individu termasuk dua kanak-kanak berusia tiga tahun kerana dipercayai terlibat kegiatan judi sabung ayam dan holo di ladang kelapa sawit di Bukit Aping Barat, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, hasil maklumat dan risikan, satu serbuan dilakukan pada pukul 5.30 petang oleh sepasukan anggota dari unit Op Judi Laga Ayam menahan kesemua yang terlibat berusia tiga hingga 65 tahun termasuk seorang lelaki Indonesia dan dua lelaki Thailand.

Katanya, dalam operasi tersebut, polis merampas barang perjudian membabitkan 27 ekor ayam laga, 10 sangkar besi ayam laga, 11 sangkar plastik ayam laga, satu penimbang elektronik, satu bilah taji ayam laga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut dirampas satu kotak pil vitamin B-complex, satu kotak pil derby, satu kotak viminolak, satu papan putih, tiga unit walkie talkie dan wang dianggarkan bernilai RM10,526.

“Kesemua yang ditahan termasuk dua kanak-kanak dan tiga lelaki warga asing bersama-sama barang rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 dan Seksyen 6(1)c) Akta Imigresen 1959/63.

“Semua tahanan direman bermula semalam hingga 1 Ogos ini dan tangkapan warga asing pula direman sehingga 11 Ogos ini untuk siasatan lanjut manakala kanak-kanak itu pula diserahkan kepada keluarga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini