KUALA LUMPUR 28 Julai – Lebih 10,000 penduduk di sekitar Tasik Puchong Prima dekat sini hidup dalam keadaan tidak selesa berikutan terpaksa menghidu bau busuk yang didakwa berpunca daripada aktiviti penternakan ayam di kawasan berhampiran.
Projek penternakan yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan itu didakwa diusahakan secara haram oleh individu tidak bertanggungjawab sejak tiga tahun lalu.
Seorang penduduk, Jefri Taharuddin Hensem, 38 berkata, setiap hari mereka bukan sahaja terpaksa menghidu bau busuk tetapi juga turut berdepan masalah lalat dan nyamuk kesan daripada kegiatan tersebut.
“Aduan telah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya baru-baru ini namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan itu sehingga hari ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











