HONG KONG 21 Julai -Sekumpulan lelaki bertopeng yang kebanyakan bersenjatakan kayu dan berpakaian berwarna putih menyerang penunjuk perasaan di dalam stesen kereta api Hong Kong di sini, malam ini.
Siaran langsung Facebook yang dibuat media tempatan, Stand News menunjukkan kumpulan lelaki itu menyerang ke arah penunjuk perasaan di Yuen Long yang berhampiran dengan sempadan China.
Wartawan wanita media tempatan itu juga diserang hingga jatuh dan disepak beberapa kali. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











