Presiden Nigeria mengutuk pembunuhan 37 penduduk kampung - Utusan Malaysia

Presiden Nigeria mengutuk pembunuhan 37 penduduk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANO 21 Julai – Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari hari ini mengutuk ‘keras’ serangan terbaharu oleh pencuri lembu terhadap tiga kampung mengakibatkan 37 maut di barat laut negara.

Muhammadu menyatakan simpati dan berikrar akan memberikan respons tegas kepada ‘musuh kemanusiaan yang kejam dan tidak perikemanusian itu.

“Pembunuhan skala besar dan kerap terhadap penduduk kampung miskin oleh geng pembunuh itu perlu ditentang dengan kekuatan keselamatan yang keras daripada kerajaan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Zakari Chinaka memberitahu, lelaki bersenjata menaiki motosikal menyerbu tiga kampung di daerah Goronyo, Sokoto, pada Rabu lalu.

“Mereka melepaskan tembakan dan membakar kedai-kedai dan mencuri lembu penduduk kampung.

“Selama dua jam mereka bertindakan tanpa halangan berikutan keadaan muka bumi yang teruk melambatkan akses pasukan keselamatan ke lokasi kejadian,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini