Pencemaran diesel punca 4 loji Rawatan Air Selangor hentitugas - Utusan Malaysia

Pencemaran diesel punca 4 loji Rawatan Air Selangor hentitugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – Satu lagi pencemaran air berlaku malam ini berikutan pencemaran diesel di muka sauk Loji Rawatan Air m Selangor Fasa 1, 2 dan 3 (LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3) serta LRA Rantau Panjang dari sumber air mentah Sungai Selangor.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, ekoran itu pihaknya terpaksa hentitugas LRA Rantau Panjang pukul 6 petang tadi diikuti LRA SSP3 (8 malam) manakala LRA SSP1 serta LRA SSP2 (8.15 malam).

“Pihak kami telah melaporkan insiden pencemaran ini kepada pihak berkuasa dan mendapati punca pencemaran adalah daripada aktiviti kerja-kerja pengorekkan pasir di hulu sungai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan insiden kedua dalam tempoh tiga hari melibatkan penutupan keempat-empat loji rawatan air utama dan menyebabkan gangguan tidak berjadual berskala besar kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kawasan terjejas adalah sama seperti senarai terdahulu dan merujuk aplikasi Air Selangor untuk maklumat lanjut.

Tambah Abdul Raof, pihaknya tidak dapat memastikan jangka masa pemulihan sekiranya insiden pencemaran sumber air mentah kembali berulang dan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang insiden seperti berlaku hari ini.

“Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.syabas.com.my dan akaun Facebook Air Selangor atau Twitter @airselangor yang dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini