Rafiq terus mengganas di Hong Kong - Utusan Malaysia

Rafiq terus mengganas di Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Rafiq Ismail berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan kedua dalam tempoh 24 jam selepas muncul juara Jelajah Boling Asia (ABF) di Hong Kong, hari ini.

Kemenangan tersebut hadir sehari selepas juara dunia itu mengungguli kejohanan Terbuka Antarabangsa Hong Kong.

Dalam pertandingan yang menampilkan format kalah mati, Rafiq, 22, mengetepikan cabaran rakan senegara, Tun Hakim Tun Hasnul Azam dengan 266 jatuhan pin berbalas 247 di Pusat Boling SCAA untuk merangkul gelaran ABF pertamanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, dia adalah pemain Malaysia kedua berjaya merangkul Jelajah AFC peringkat Hong Kong sejak kali terakhir Kang Bo Long melakukannya pada 2012.

Bagaimanapun nasib berbeza dialami pemain wanita negara, Nora Lyana Nastasia Norkamal apabila tewas kepada pemain Filipina, Lara Posadas 171-203 dalam saingan akhir.

Nora Lyana tewas 171 jatuhan pin berbalas 203, keputusan yang tetap dianggap cemerlang buat pemain tersebut.

Juara membawa pulang AS$500 (RM2,054) manakala naib juara menerima AS$300 (RM1,233). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini