TTDI dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

TTDI dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan selama sejam bermula pada pukul 4 petang tadi.

Antara kawasan yang terjejas adalah kawasan perumahan di Kampung Sungai Penchala dan Jalan Penchala Hilir serta Terowong Penchala Link menghala ke Kota Damansara.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr. Ismail dan Sri Hartamas telah dikejarkan ke kawasan yang terjejas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di Kampung Sungai Penchala dan Jalan Penchala Hilir, anggota kami mendapati air dari longkang berhampiran telah melimpah memasuki kawasan perumahan di situ.

“Ia menyebabkan banjir kilat dengan paras air setinggi lutut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kawasan sekitar telah dikawal untuk memastikan ia selamat dan tiada sebarang mangsa terlibat,

“Pihak kami juga turut menerima panggilan air yang melimpah dari tapak pembinaan di sekitar kawasan bukit di Terowong Penchala Link ke jalan raya yang berhampiran.

“Anggota bomba yang bertugas telah menjalankan kerja pembersihan di sekitar laluan tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini