India sedia bagi pelancaran kedua misi ke bulan - Utusan Malaysia

India sedia bagi pelancaran kedua misi ke bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRIHARIKOTA 21 Julai – India akan membuat cubaan kedua esok bagi misi ke bulan selepas terdapat kebocoran minyak ketika pelancarannya, pada minggu lalu.

Negara itu mahu menjadi negara keempat selepas Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan China untuk mendaratkan kenderaan angkasa di bulan.

Indian Space Research Organisation (ISRO) dalam kenyataan berkata, pelancaran baharu Chandrayaan-2 atau Moon Chariot 2 dijadual dilancarkan pada pukul 2.43 petang,Isnin ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Chandrayaan 2 sudah bersedia untuk membawa jutaan impian ke bulan, kini lebih kuar daripada sebelumnya,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini