Lebih 250 hadiri majlis zikir, selawat di kediaman Anwar - Utusan Malaysia

Lebih 250 hadiri majlis zikir, selawat di kediaman Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – Lebih 250 tetamu menghadiri majlis bacaan Yasin serta solat Maghrib dan Isyak berjemaah yang diadakan di rumah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut di sini malam ini.

Program bermula sejak pukul 7 petang tadi itu dimulakan dengan bacaan zikir dan selawat sebelum diteruskan solat maghrib dan bacaan surah Yasin sebelum dihabiskan dengan solat isyak.

Difahamkan sudah menjadi satu kelaziman buat Presiden PKR itu untuk mengadakan majlis keagamaan pada setiap Ahad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia sekali gus dilihat menepis dakwaan liar kononnya ia bagi menyaingi majlis doa kesyukuran membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor yang turut diadakan malam ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini