Kawasan sekitar TTDI dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Kawasan sekitar TTDI dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – Hujan lebat di sekitar kawasan Taman Tun Dr. Ismail, di sini kira-kira pukul 4 petang tadi telah mengakibatkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, tiga kawasan yang terlibat ialah Kampung Sungai Penchala, kawasan berhampiran terowong Penchala Link menghala Damansara dan Jalan Penchala Hilir.

“Dua kawasan iaitu Kampung Sungai Penchala dan Jalan Penchala Hilir mengalami banjir kilat akibat air yang melimpah dari longkang berhampiran kawasan perumahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Banjir kilat berhampiran terowong Penchala Link Menghala Damansara pula dipercayai akibat limpahan air dari tapak pembinaan di atas bukit yang berhampiran dengan kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr. Ismail dan Sri Hartamas telah dikerah ke lokasi kejadian untuk memastikan keadaan selamat serta membuat kerja pembersihan laluan.

Tambahnya, tiada mangsa yang terlibat dalam kesemua kes banjir tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini