Pac Man bukti ‘otai masih berbisa’ - Utusan Malaysia

Pac Man bukti ‘otai masih berbisa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS – Legenda tinju Filipina, Manny Pacquiao membuktikan usia bukan penghalang dengan menjadi juara welterweight paling tua selepas menumpaskan pencabar dari Amerika Syarikat (AS), Keith Thurman.

Petinju berusia 40 tahun itu yang terkenal dengan julukan Pac Man menewaskan lawan yang 10 tahun lebih muda dalam pertarungan 12 pusingan merebut gelaran Persatuan Tinju Dunia (WBA) di sini, hari ini.

Thurman, 30, cuba bangkit pada pusingan akhir dan berjaya merapatkan jurang dengan dua juri memberikan kemenangan kepada Pacquiao 115-112 manakala satu lagi kepada Thurman 114-113.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia menyeronokkan. Lawan saya seorang peninju yang hebat. Dia cukup kuat,” kata Paquiao selepas kemenangan.

Sebelum pertarungan, Thurman bercakap besar dengan mengatakan dia akan ‘menyalib’ Pacquiao dan menghantarnya ke dalam persaraan.

“Saya bukan jenis petinju yang gemar bercakap besar atau banyak. Kami di sini hanya untuk mempromosikan pertarungan.

“Apa pun, saya mahu memberi tepukan kepada lawan saya kerana dia memberikan tentangan hebat dan pertarung sebenar,” kata Pacquiao lagi.

Pacquiao yang kini memegang rekod 62-7-2 dengan 39 knockout, meraih AS$20 juta (RM82.3 juta) daripada pertarungan tersebut dan akan kembali ke Filipina untuk meneruskan kerjayanya sebagai senator.

“Saya rasa saya akan bertarung lagi tahun depan. Saya akan kembali ke Filipina dan bekerja, kemudian baru akan membuat keputusan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini