Hutang lama ranapkan hasrat Pulau Pinang ke Liga Super - Utusan Malaysia

Hutang lama ranapkan hasrat Pulau Pinang ke Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kesilapan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) menyemak kadar tukaran mata wang asing mengikut kadar semasa dan kelewatan proses menyelesaikan baki tuntutan sebanyak US$4,444.11 (RM18,264.40) menjadi penyebab Pulau Pinang ditolak enam mata daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekali gus terpaksa melupakan hasrat beraksi di Liga Super musim depan.

Hukuman berkenaan dikenakan selepas FAP gagal mengikut arahan dan tempoh masa ditetapkan Jawatankuasa Tatatertib FIFA pada 25 Mac 2019 bagi menjelaskan tuntutan rasmi daripada bekas pemain importnya dari Brazil, Reinaldo Lobo selama tiga musim dari 2015 hingga 2017 sebanyak US$90,000 (RM369,882) bersama faedah 5 peratus dalam tempoh masa 30 hari.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menjelaskan FAP telah membuat pembayaran berjumlah USD92,597.72 (RM386,391.77) ke akaun bank Lobo pada 17 April 2019 mengikut kontrak asal pemain berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, peguamnya memaklumkan bahawa pembayaran penuh yang sepatutnya adalah sebanyak USD97,041.83(RM398,822.51) sekali gus masih berbaki sebanyak USD4,444.11 (RM18264.40).

“FAP telah menjelaskan baki bayaran pada 1 Julai 2019 dan peguam Lobo juga telah memberi pengesahannya pada 10 Julai serta memohon supaya kes ini ditutup dan tindakan tatatertib terhadap FAP dibatalkan.

“Namun, seminggu kemudian, FAM menerima surat daripada FIFA yang memaklumkan bahawa hukuman pemotongan enam mata perlu dibuat selewat-lewatnya sebelum 22 Julai 2019 kerana walaupun pembayaran telah diselesaikan tetapi FAP telah melanggar perintah FIFA,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini