Tidak sempat jamah pulut nasi - jiran - Utusan Malaysia

Tidak sempat jamah pulut nasi – jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – Hasrat menikmati pulut nasi bersama ikan masin tidak kesampaian apabila seorang wanita sarat mengandung ditemukan maut bersama suaminya akibat terkena renjatan elektrik selepas struktur sebuah tangga separa siap yang runtuh di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh hari ini.

Jiran mangsa, Norazila Saad,34, berkata, kali terakhir dia melihat pasangan suami isteri itu semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, isteri mangsa, Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, sempat memintanya untuk membuat pulut nasi untuk dimakan bersama ikan masin dan kelapa.

“Pasangan terbabit telah menyewa di sini sejak Disember lalu dan mereka akan menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

“Ketika kejadian, saya dan suami berada di luar dan hanya anak lelaki kami ditinggalkan membantu suami Wan Hasheliza membersihkan kawasan rumah sewa mereka,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norazila memberitahu, dia terkejut menerima panggilan berhubung kejadian selepas anaknya memaklumkan mengenainya.

“Pasangan tersebut sepatutnya pulang ke kampung di Kelantan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha di samping menunggu kelahiran anak mereka,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini